About Me

My photo
hai Kwanx2.. Nama penuh yg ma berikan pada saya Nurazlin binti zamri.. saya di lahirkan pada 22 oktober 1990.. semua orang panggil saya lin.. saya di lahirkan di johor bahru.. saya mempunyai 3 org adik beradik.. saya anak pertama tapi bile ngok perangai macam anak terakhir.. sbb saya nie agak manje sikit.. maklum lar jarak saya dengan adikx2 jauh.. Lgpun saya nie seorg yg periang dan kadangx2 glerx2 juga tapi bertempat.. hehehe.. takot owg pikir per pulak.. saya seowg yg murah dengan senyuman tapi kalo noT mood takot sume owg nak ngok muke saya nie macam harimau.. ok lar.. pengenalan saya setakat ini saja.. saya ingin mencipta blog sendiri.. tapi x pandai lagi.. now ngah blajarx2.. saya mempengenalkan blog kau inspiraku.. Nak tau knaper saya pilih nama Kau InspiRasiku.. sape pulak iNspirasi saya ek.. kaLo nak tau tengokx2 lar blog Saya yang x Beberapa nie..

Saturday, April 2, 2011

RESEPI SAMBAL BELACAN DARI KEKASIH KU



RESEPI SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:
2 TANGKAI CILI MERAH
5 TANGKAI CILI PADI
BELACAN

CARA-CARA:
GORENG DAHULU KESEMUA BAHAN YANG BERADA DI ATAS.
BAHAN YANG TELAH DIGORENG BOLEH TUMBUK DENGAN LUMAT.
SIAP DI HIDANG BERSAMA ULAMX2.. SEDAP.. SELAMAT MENCUBA..

(KALO TAHAN PEDAS BOLEH MENGUNAKAN 10 TANGKAI CILI PADI DAN 2 TANGKAI CILI MERAH) 



RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI



bahanx2
1 ekor ayam.di potong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato,di belah dua
1 batang serai,dititik
1 helai daun kunyit,disiat empat
garam secukup rasa
minyak secukupnya
Bahan untuk di kisar
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih(besar kalo kecik letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Cara-Cara
  1. Ayam yg telah di bersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng ia ¾ masak.angkat dan di ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk.Masukan serai,bahan yang telah dikisar dan daun kunyit.Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  3. masukan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah disoreng tadi.Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  4. Masukan santan dan api dikecikan sedikit dan gaul rata.Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam mendidih.Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya.Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap,masukan tomato dan matikan api dan tutup periuk.Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit,angkat dan dihidangkan.
Nota:Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

RESEPI POPIA MINI PEDAS







Bahan-bahan:

1 bungkus besar kulit popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka


Cara penyediaan:


1.    Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2.   Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3.   Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4.   Tumis bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat. Masukkan garam dan cuka secukup rasa. Tutup api dan digaul sehingga rata.

5.   Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

RESEPI ROTI JALA




RESEPI ROTI JALA

Bahan-bahan
1.    1kg tepung gandum
2.   1 tin susu cair
3.   4 tin air (guna tin susu)
4.   4 biji telur
5.   sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
6.   sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala
Cara-cara
  1. Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
  2. Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
  3. Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
  4. biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2

RESEPI KARI AYAM JIRANKU



Resepi Kari ayam

Bahan:
½ ayam @ daging
1 set kayu manis(daun ketumbar,kayu manis dan lainx2)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 sudu cili boh atau cili giling
2 atau 3 pack rempah kari ( rempah kari babas)
Daun kari
1 biji kelapa
Minyak
Garam
Cara-cara:
1.    3 ulas bawang putih dan 2 biji bawang merah di blander atau tumbuk
2.   Tuangkan minyak di atas periuk masukkan 1 set kayu manis untuk menaikan bau.
3.   Tumiskan bawang putih dan merah yg sudah di bland,kacaukan sampai bau naik.
4.   Masukan 2 sudu cili boh atau cili giling(kalau nak pedas boleh letak 3 sudu).
5.   Gaul lagi sekali bagi sebati,masukan 3 pack rempah kari,daun kari(gaul rata).
6.   Masukan air satu cawan dahulu,kacau bagi rempahx2 rata.
7.   Masukan ayam dalam periuk(biarkan ayam dlm periuk sehingga Nampak mengecut sedikit).
8.    Baru masukan santan(1 kelapa di rendam dahulu  dan baru perah dalam periuk).
9.    Kacau semula untuk sebatikan santan dan bahanx2 yang lain.
10. Masukan kentang ke dalam periuk(di potong dadu).
11. Akhir sekali masukan garam @ ajinomoto secukup rasa.
12. Kacau sehingga rata,tutup periuk.
13. Sudah mendidih. Sedia di hidang. (selamat mencuba)


Cedap tau, cuba try.. boleh di hidang bersama roti jala..

RESEPI KEK CINTA


(Kek cinta ini di beri nama ada sebab tertentu.. bila kite menyayangi seseorg kite sanggup melakukan apa sahaja asalkan melihat owg yg kite syg tersenyum)


BAHAN –BAHAN:
BAHAN A:
250GM MENTEGA
2 CWN  GULA HALUS
7 BIJI  TELUR
2 CWN TEPUNG KEK(BLUE KEY)
BAHAN B:
1CWN SERBUK KOKO(VAN HAOTERN)
½ CWN GULA HALUS
1CWN AIR
Campurkan semua bahan B ni,masak atas api sampai pekat dan likat

CARA:
1.    Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2.   Kemudian,masuk telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
3.   Masukkan Bahan B yang telah siap tersedia ke dalam adunan diselang selikan bersama tepung kek.(masukan sesenduk sesenduk la)
4.   Gaul sebati dan bakar dalam ketuhar lebih kurang 1 jam.

CADANGAN HIDANGAN:
Kalau nak sedap lagi korang leh la curahkan coklat masak kat atas kek nanti.. sedap..
TAMBAHAN:
Bahan B tadi biar suamx2 sikit time nak masuk dalam adunan.jangan di biar sejuk,nanti beku. Nak buat gula halus,korang  kisar  je la gula  kasar  tu.