(Kek cinta ini di beri nama ada sebab tertentu.. bila kite menyayangi seseorg kite sanggup melakukan apa sahaja asalkan melihat owg yg kite syg tersenyum)
BAHAN A:
250GM MENTEGA
2 CWN GULA HALUS
7 BIJI TELUR
2 CWN TEPUNG KEK(BLUE KEY)
BAHAN B:
1CWN SERBUK KOKO(VAN HAOTERN)
½ CWN GULA HALUS
1CWN AIR
Campurkan semua bahan B ni,masak atas api sampai pekat dan likat
CARA:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian,masuk telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan Bahan B yang telah siap tersedia ke dalam adunan diselang selikan bersama tepung kek.(masukan sesenduk sesenduk la)
4. Gaul sebati dan bakar dalam ketuhar lebih kurang 1 jam.
CADANGAN HIDANGAN:
Kalau nak sedap lagi korang leh la curahkan coklat masak kat atas kek nanti.. sedap..
TAMBAHAN:
Bahan B tadi biar suamx2 sikit time nak masuk dalam adunan.jangan di biar sejuk,nanti beku. Nak buat gula halus,korang kisar je la gula kasar tu.
No comments:
Post a Comment