About Me

My photo
hai Kwanx2.. Nama penuh yg ma berikan pada saya Nurazlin binti zamri.. saya di lahirkan pada 22 oktober 1990.. semua orang panggil saya lin.. saya di lahirkan di johor bahru.. saya mempunyai 3 org adik beradik.. saya anak pertama tapi bile ngok perangai macam anak terakhir.. sbb saya nie agak manje sikit.. maklum lar jarak saya dengan adikx2 jauh.. Lgpun saya nie seorg yg periang dan kadangx2 glerx2 juga tapi bertempat.. hehehe.. takot owg pikir per pulak.. saya seowg yg murah dengan senyuman tapi kalo noT mood takot sume owg nak ngok muke saya nie macam harimau.. ok lar.. pengenalan saya setakat ini saja.. saya ingin mencipta blog sendiri.. tapi x pandai lagi.. now ngah blajarx2.. saya mempengenalkan blog kau inspiraku.. Nak tau knaper saya pilih nama Kau InspiRasiku.. sape pulak iNspirasi saya ek.. kaLo nak tau tengokx2 lar blog Saya yang x Beberapa nie..

Saturday, April 2, 2011

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI



bahanx2
1 ekor ayam.di potong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato,di belah dua
1 batang serai,dititik
1 helai daun kunyit,disiat empat
garam secukup rasa
minyak secukupnya
Bahan untuk di kisar
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih(besar kalo kecik letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Cara-Cara
  1. Ayam yg telah di bersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng ia ¾ masak.angkat dan di ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk.Masukan serai,bahan yang telah dikisar dan daun kunyit.Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  3. masukan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah disoreng tadi.Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  4. Masukan santan dan api dikecikan sedikit dan gaul rata.Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam mendidih.Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya.Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap,masukan tomato dan matikan api dan tutup periuk.Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit,angkat dan dihidangkan.
Nota:Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

No comments:

Post a Comment