Resepi Kari ayam
Bahan:
½ ayam @ daging
1 set kayu manis(daun ketumbar,kayu manis dan lainx2)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 sudu cili boh atau cili giling
2 atau 3 pack rempah kari ( rempah kari babas)
Daun kari
1 biji kelapa
Minyak
Garam
Cara-cara:
1. 3 ulas bawang putih dan 2 biji bawang merah di blander atau tumbuk
2. Tuangkan minyak di atas periuk masukkan 1 set kayu manis untuk menaikan bau.
3. Tumiskan bawang putih dan merah yg sudah di bland,kacaukan sampai bau naik.
4. Masukan 2 sudu cili boh atau cili giling(kalau nak pedas boleh letak 3 sudu).
5. Gaul lagi sekali bagi sebati,masukan 3 pack rempah kari,daun kari(gaul rata).
6. Masukan air satu cawan dahulu,kacau bagi rempahx2 rata.
7. Masukan ayam dalam periuk(biarkan ayam dlm periuk sehingga Nampak mengecut sedikit).
8. Baru masukan santan(1 kelapa di rendam dahulu dan baru perah dalam periuk).
9. Kacau semula untuk sebatikan santan dan bahanx2 yang lain.
10. Masukan kentang ke dalam periuk(di potong dadu).
11. Akhir sekali masukan garam @ ajinomoto secukup rasa.
12. Kacau sehingga rata,tutup periuk.
13. Sudah mendidih. Sedia di hidang. (selamat mencuba)
Cedap tau, cuba try.. boleh di hidang bersama roti jala..